Friday, August 26, 2016

Tips Menangani Keguguran

No comments    


Bila keguguran, memang ia part paling sensitif dan sedih bagi para isteri. Apatah lagi kalau dah berkali-kali alami keguguran kan. Dah lama kawin bertahun-tahun.

InsyaAllah kali ni kausar nak kongsi maklumat tentang ibu pantang lepas gugur. Eh kena pantang jugak ke gugur pun? Takkan la kot...

Iya, kena pantang jugak dik sayang. Ini sangat-sangat penting yang kebanyakkan orang zaman sekaran tak ambik pusing. Sebab tu lah kausar rasa bertanggungjawab sangat nak kongsi bab ni.
Walaubagaimanapun, ibu yang keguguran perlu merawat diri dan menjalani tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya.

Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran


TEMPOH PANTANG KEGUGURAN

Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang di larang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

PANTANG LARANG KEGUGURAN

Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.

Bagaimanapun, pantang larang yang utama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.

Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti mengelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.

Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih

KESIMPULANNYA

Apapun pantang larang @ selama mana tempoh kehamilan. Ianya adalah untuk kebaikan para ibu. Tidak kira sama ada cara tradisional @ tidak, sebagai wanita kita perlu menjaga dalaman dengan sebaik mungkin untuk mengelak komplikasi buruk di kemudian hari.

Malahan sekarang memang amat mudah di dapati di pasaran herba-herba dan vitamins untuk merawat dalaman.

Untuk kesan yang terbaik, saya sarankan mengambil vitamins semulajadi daripada produk shaklee di samping herba tradisional. Ini untuk memenuhi nutrisi dalam badan yang hilang.




Untuk konsultasi lanjut mengenai vitamins pengubat dalaman, boleh hubungi kausar di talian yang tertera.

Siti Kauthar Bt Mohamad
ID NO. 1186983
FON NO. 01126024678
C.O.D AREA. Subang, Sg buloh, Rawang, Damansara (weekend sahaja)
Postage ke seluruh malaysia termasuk Brunei

Shaklee. :  Selamat Suci & Semulajadi

0 comments:

Post a Comment