Monday, August 22, 2016

Vitamin Cinta Alfalfa

No comments    



Apa yang kausar teruja, kausar akan share dengan orang sekeliling. Sama ada makanan @ info yang baik. Dulu masa duk Unija (universiti Sultan Zainal Abidin), kausar kerap masak dari beli di cafe. Masak lebih sikit boleh kongsi dengan romate. Kadang panggil kawan makan sama. Best sangat ingat balik moment tuh. Aduh rindu bangat, cepat je masa berlalu huu.
Alaaa, bukan masak apa sangat. Se simple mungkin je uolss huu. Poin utama dapat la iols jimat hehe. Tp kekadang malas tak sempat dan teringin makan itu ini. Iols hentam jugak dekat cafe tuh.

Melarat pulak pasal makanan.. sebenarnya nak cerita tentang cinta. Haa.. mesti suka kan bila bunyi je tentang cintan cintun ni. Kisah cinta kausar bermula lepas bersalinkan bambam Raudhah, bersama set berpantang Shaklee. Salah satunya adalah alfalfa. Alfalfa ni di kenali dengan vitamin cinta. Memang betul lah istilah tu, bukan omongan kosong. Sebab kausar sendiri yang mengalaminya.

Dah kawin, lepas bersalin lagi. Biasalah ehem-ehem kita dah tak seketat anak dara kan. Alah jangan bohong lah kalau masih lagi mengancam tanpa suplemen kan ehe. Asalkan ianya suplemen semulajadi, selamat dan suci teruskan amal untuk membantu cukupkan keperluan korang.

Kalau saya, saya memilih mengamalkan alfalfa complex. Berbezanya dengan yang lain kerana alfalfa merupakan formula shaklee signature yang pada asalnya dibangunkam oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.

PEMPROSESAN ALFALFA

Alfalfa diperbuat daripada tanaman alfalfa ( Medicago sativa ) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai 'Raja Segala Tumbuhan'. Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.

Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari shaklee hanya dituai apbila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.manakal bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebekum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.



KHASIAT LAIN ALFALFA YANG UNIK

*boleh mencuci darah, hati dan usus.
*melawan alahan.
*baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut.
*menyingkirkan lemak dan kolestrol.
*melawan tumor.
*melegakan keletihan.
*mencegah/merawat arthritis.

Kejadiannya yang sangat semulajadi cenggini. Patotlah boleh menambat hati kausar. Kausar memang suka sangat vitamin semulajadi, di samping boleh mencukupkan kekurangan nutrisi dan merawat masalah kesihatan, malah takde kesan sampingan yang berpanjangan. Memang menyeronokkan bila dapat hidup dengan sihat.


Sid Pro, mysarbeauty

0 comments:

Post a Comment